SEDAR’19

Tarikh : 22-23 OKTOBER 2019

Tempat: INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN

PERASMI: REKTOR, IPGM, KPM

PENGENALAN

Pelaksanaan Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’19) adalah bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk Membudayakan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya juga adalah selaras dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025).

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’19) merupakan forum yang akan membincangkan teori, idea dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Persidangan ini akan menghimpunkan pakar, penyelidik dan pengamal  dari seluruh Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu dalam bidang pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama-sama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Persidangan ini bertujuan untuk:

  1. Membina satu jaringan sokongan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan dan institut pengajian tinggi dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
  2. Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah IPGK, guru-guru dan pensyarah institut pengajian tinggi membentangkan kertas penyelidikan dan inovasi dalam seminar penyelidikan pendidikan peringkat kebangsaan.
  3. Menyediakan satu platform yang sesuai kepada pensyarah  IPGK berkongsi pandangan dan pengalaman dengan guru-guru serta pensyarah institut pengajian tinggi dalam meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi.

BAHASA PERSIDANGAN: Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu