Call For Papers

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan ialah forum yang menghimpun para sarjana, penyelidik, NGO dan pengamal dari seluruh Malaysia untuk membentang dan membincangkan idea dan hasil penyelidikan dalam bidang yang diliputi oleh tema persidangan. Dengan tema “Transformasi dan Inovasi : Naratif Baharu Dalam Amalan Pendidikan Berkualiti”, jawatankuasa penganjur menjemput anda sekelian untuk hadir sebagai pembentang kertas kerja ilmiah atau sebagai peserta seminar

ABSTRAK

Panduan penulisan abstrak:

  1. Tajuk kertas kerja mestilah tidak melebihi 15 patah perkataan
  2. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  3. Abstrak perlu menyatakan yang berikut: Tujuan kajian, metodologi kajian, dapatan kajian dan kesimpulan.
  4. Teks abstrak tidak melebihi daripada 250 patah perkataan.
  5. Abstrak hendaklah berkaitan dengan sub tema seminar (rujuk tajuk sub tema)

PERHATIAN: Semua abstrak hendaklah dihantar menggunakan menggunakan emel : jpipk@ipda.edu.my

KERTAS KERJA PENUH

Kertas Kerja mestilah tidak lebih daripada 8 muka surat. Ini termasuk semua teks, jadual, rajah dan lampiran. Bayaran sebanyak RM30.00 per halaman akan dikenakan bagi setiap halaman tambahan.

Kertas kerja yang menepati mana-mana sub-tema yang disenaraikan akan diterima untuk semakan. Penulis akan dimaklumkan melalui e-mel jika kertas kerja beliau telah diterima. Pemberitahuan juga boleh termasuk komen dan cadangan penyemak/pengulas.

Kertas kerja penuh perlu dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi memastikan artikel tuan/puan dimuatkan dalam prosiding. Kertas kerja yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dimuatkan dalam prosiding seminar.

Sila rujuk panduan penulisan kertas kerja penuh yang terdapat dalam portal ini.